Kerajaan negeri Melaka memberi kelonggaran kepada kedai makan atau restoran untuk membenarkan pelanggan makan di kedai bermula Jumaat ini.<br /><br />Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, kebenaran yang diputuskan melalui mesyuarat jawatankuasa khas COVID-19 negeri itu bagaimanapun masih tidak membenarkan hidangan secara bufet.
