Apabila topeng muka tidak cukup bekalan, ramai yang mengeluh. Bila harga jualan melonjak naik pula, bukan sedikit yang merungut, bahkan ada juga yang berang kerana topeng muka harus dijual pada harga minima. Tetapi apabila ia kini mudah didapati dengan harga yang berpatutan, ia dibuang begitu sahaja tanpa prosedur yang betul.