Cubaan dua lelaki untuk menyeludup 100 bungkus daun ketum seberat satu tan ke Lembah Klang gagal apabila lori yang dinaiki suspek ditahan polis.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, polis yang menerima maklumat mengenai kegiatan mereka bertindak mengekori kenderaan suspek sebelum menahan mereka.
