Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, banyak perkara dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu antaranya permohonan latihan aktiviti sukan dan membuka kedai sukan, operasi rukun tetangga dan situasi 250,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik kerana bekerja di Singapura tapi akibat kekangan masa maka beliau akan mengumumkan pada esok Ahad atau Isnin.