Pada dasarnya, kerajaan bersetuju jika jumlah jemaah bagi mengadakan solat Jumaat dan berjemaah di masjid bergantung kepada keluasan rumah ibadat itu.<br />Prosedur operasi standard (SOP) berkenaan dilaksanakan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.<br />Bagaimanapun, pelaksanaan berkaitan hal ehwal agama itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sebarang pengumuman akan dibuat Menteri Hal Ehwal Agama.
