Kerajaan Negeri Melaka akan memperhalusi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan mengikut kesesuaian, sebelum membenarkan pengoperasian semula perkhidmatan gunting rambut, dan pasar malam di negeri itu.<br />Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali memaklumkan, kedua-dua SOP berkenaan akan diteliti jawatankuasa khas menangani COVID-19 negeri, sebelum pengumumannya dibuat dalam masa terdekat.
