Ketika negara sedang menyaksikan usaha bersepadu untuk merangsang semula ekonominya susulan pengumuman pkpp dan penjana baru-baru ini, genap jugalah 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengambil alih tampuk kepimpinan ketika negara dilanda wabak.<br />Profesor Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, Pensyarah Kanan, Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, UUM.<br />Idea 100 hari pentadbiran ini dimulakan bekas Presiden AS Franklin Roosevelt pada 1933 sebagai penanda aras pencapaiannya.
