Perunding seni bina didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan aiaitu menipu berkaitan projek kediaman 1Malaysia mampu milik K1MMM dan cek tendang bernilai RM2 juta.<br /><br />Mohsin Bujang, 62 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.