"Alhamdulillah lega...segala tugasan Op COVID berakhir malam ini dan dapatlah saya menyambut hari lahir anak bongsu ke 11 pada Jumaat ini,".<br />Itu luahan kegembiraan Sarjan Azahar Ayub, 54 tahun, selepas dua sekatan jalan raya (SJR) dalam Op COVID di daerah itu ditutup sepenuhnya bermula 12 tengah malam Selasa.
