Kerajaan masih mengekalkan kebenaran rumah ibadat bukan Islam dibuka untuk sehari atau dua hari sahaja yang bermula 10 Jun lalu.<br />Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique akan membentangkan cadangan tambahan hari untuk rumah ibadat berkenaan pada Isnin depan.
