Perkhidmatan bas pekerja dan pelancong dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh berkuat-kuasa semalam.<br />Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun perkara itu tidak diumumkan sebelum ini, namun pengendali perkhidmatan tersebut boleh meneruskan operasi dengan kapasiti penuh.<br />Jelas beliau, maklumat individu yang menggunakan perkhidmatan tersebut lebih mudah dikenalpasti kerana ia direkod.
