Penantian 12 tahun dua sahabat baik untuk mengerjakan ibadah Haji terpaksa ditangguh selepas kerajaan pada Khamis umum tidak menghantar jemaah Haji tahun ini.<br />Jamaliah Mamad dan Roslah Abdullah memberitahu, mereka menerima tawaran mengerjakan rukun Islam kelima itu pada Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
