Dengan perasaan sedih dan marah, ratusan orang berkumpul dan berkabung sebagai tanda ucap selamat tinggal kepada remaja lelaki Mexico-Amerika berusia 16 tahun yang ditembak mati oleh polis di selatan Mexico.<br /><br />Alexander Martínez, yang gemar bermain bola sepak, dikebumikan pada Jumaat dengan konsep yang mencerminkan semangatnya dalam permainan itu.
