Selepas tiga bulan dirundung sepi, suasana pelancongan di Melaka yang sememangnya terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong berubah apabila orang ramai berpusu ke negeri itu.<br /><br />Tinjauan di beberapa lokasi tumpuan mendapati jumlah kenderaan terutamanya di jalan-jalan utama di sekitar Banda Hilir semakin meningkat, lebih-lebih lagi pada sebelah petang.