Seorang perompak maut akibat ditembak pengawal keselamatan sebuah bank dalam satu insiden rompakan dengan mangsa tebusan di Air Tawar 5, Kota Tinggi pada Khamis.<br />Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ashmon Bajah, suspek warga tempatan berusia 19 tahun itu membawa senjata yang merupakan sebilah sabit ketika memasuki bank tersebut.