Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa Kerajaan mengadakan rundingan segera bersama anggota ASEAN dalam merealisasikan 'travel bubble' atau gelembung perjalanan.Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata sekiranya inisiatif itu dapat dilaksanakan, ia mampu memacu kembali sektor pelancongan di negara ini.
