Mahkamah Koroner Seremban menetapkan 4 Ogos ini sebagai tarikh pengurusan kes inkues remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun sementara menunggu pihak pengendali kes "mengecilkan" jumlah saksi yang dikemukakan.<br />Hakim Koroner, Junaidah Mohd Isa membuat keputusan itu selepas, pegawai pengendali kes, Mohamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, pihaknya mengenal pasti seramai 589 saksi.
