Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan 4 juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik RM77 sebulan ke bawah atau penggunaan 300kWj ke bawah akan menikmati bekalan elektrik percuma bagi bulan April hingga Jun tahun ini.<br /><br />Pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj pula akan terima potongan sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk tempoh yang sama.
