Blok bangunan wad perubatan yang baharu dengan nilai peruntukan lebih RM400 juta dicadangkan untuk dibina di Hospital Bintulu bagi menampung kesesakan pesakit.<br /><br />Timbalan Menteri Kesihatan Dua, Datuk Aaron Dagang melihat peningkatan penduduk Bintulu daripada jumlah 260 ribu ketika ini memerlukan pertambahan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan termasuk klinik kesihatan.
