Pelaksanaan PKP menyaksikan pelbagai idea baharu yang diusahakan untuk kelangsungan hidup. Pagi ini kami bawakan satu inovasi dalam industri pengeluaran makanan.<br /><br />Muhammad Firdaus Osman, merupakan pengasas Saudagar Aquafarm, yang mengusahakan penternakan udang kara atau lobster secara komersial dan tanaman hidroponik di Alor Setar menggunakan kaedah smart farming atau penternakan pintar.<br /><br />Kita ingin kongsikan idea Firdaus kepada penonton pagi ini, yang mungkin tertarik dengan perusahaan penternakan pintar, apa nasihat yang perlu anda tahu sebelum memulakan perusahaan ini, dan apa contoh cabarannya.
