Polis menahan empat individu pada rabu selepas didapati melanggar garis panduan dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).<br />Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penahanan itu hasil tindakan hampir empat ribu pasukan khas operasi pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
