Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mampu memperoleh unjuran sehingga 3.7 peratus bagi tahun ini.<br />Sektretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), Prof. Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, jangkaan itu dilihat lebih tinggi berbanding unjuran yang dikeluarkan oleh Bank Dunia.<br />Bagaimanapun beliau berkata, unjuran itu boleh dicapai jika penyaluran suntikan modal kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan pelan jana semula ekonomi negara (PENJANA) dapat diagihkan selewat-lewatnya Ogos ini.