Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermula 29 Jun rakyat Malaysia dan warganegara asing yang pulang ke tanah air perlu menanggung kos ujian COVID-19 di pintu masuk negara. Bagaimanapun pengcualian kepada tiga kategori iaitu OKU yang memiliki kad JKM; pegawai kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi dan pelajar dari luar negara yang pulang kali pertama dengan mengemukakan bukti pengajian.<br /><br />Bagi mereka yang telah membayar caj kepada Kementerian Kesihatan pada pagi Isnin sebelum pengumuman itu dibuat dibenarkan untuk menuntut semula bayaran terbabit.
