Sarawak kini bergerak pantas dalam memulihara alam sekitar serta ekosistem hidupan marin di perairan negeri itu.<br />Usaha ini jelas melalui pelaksanaan “Sarawak Reef Ball Project” di bawah projek rakyat kerajaan negeri.<br />Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, percaya, usaha ini penting bagi memastikan aktiviti perikanan nelayan pesisir pantai dijaga terutama dari ancaman pencerobohan pukat tunda.
