Perintah berkurung dikuatkuasakan semula di kawasan berdekatan Beijing, China mengakibatkan empat ratus ribu penduduk tempatan terkesan selepas peningkatan kes positif COVID-19.<br />Perintah tersebut dikuatkuasakan di daerah Anxin wilayah Hebei selepas 18 kes dikesan sejak penularan kluster pasar borong di Beijing.
