Gabenor New York, Andrew Cuomo menggesa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengeluarkan arahan eksekutif supaya pemakaian pelitup muka diwajibkan di seluruh negara.<br /><br />Cuomo membuat kenyataan itu pada taklimat hariannya di New York, ketika mana jumlah kes baharu COVID-19 semakin meningkat di kebanyakan negeri di Amerika.
