Pembukaan semula sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam di seluruh negara baru-baru ini satu normal bagi pengurusan sekolah.

Pelbagai prosedur operasi standard, SOP ditetapkan serta proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan pelajar kembali bersekolah.

Selain SOP yang ditetapkan Kementerian Pendidikan, pihak pentadbiran sekolah turut mengambiil inisiatif tambahan bagi menambah baik lagi pentadbiran di sekolah.

Di Kupang Baling, Kedah, pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar mengambil inisiatif memperkenalkan sistem trafik light di kesemua tandas sekolah terbabit dalam memastikan penjarakan sosial sentiasa diamalkan.

Perinciannya bersama wakil AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang yang berada di lokasi.