Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang memperhalusi beberapa garis panduan dan prosedur operasi standard (sop) bagi kemasukan semula pelajar ke universiti awam serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada Oktober depan.<br /><br />Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, kemasukan itu membabitkan pelajar tahun akhir yang menduduki peperiksaan dan mereka yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda serta pasca siswazah bagi mod penyelidikan.