Mesyuarat Khas bersetuju untuk membuka semula semua institusi pengajian tinggi (IPT) kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.<br /><br />Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, bagaimanapun tarikh pembukaan itu akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam masa terdekat.