Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, Parti Pribumi Bersama Malaysia (Bersatu) dan Pas tidak akan bertanding di negeri itu.<br /><br />Jaminan itu diberikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mesyuarat pemimpin 12 parti membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Rabu.<br /><br />Ini bermakna Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melawan blok pembangkang yang dianggotai DAP, PKR, Parti Sarawak Bersatu (PSB).