Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dua lagi mangsa dalam tragedi bot terbalik dan karam Isnin lepas di perairan Bachok, disambung semula pada jam 7.00 pagi ini.<br />Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, berkata pencarian yang memasuki hari kelima akan diperluaskan ke radius 400 batu nautika persegi.