Mayat seorang lelaki berumur 24 tahun yang hilang ketika mandi di sungai Kalabakan di Tawau pada Jumaat, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai akibat dibaham buaya, pada Sabtu.<br />Mayat Sukrien Jesman Yusoff, yang kehilangan dua belah tangan ditemui kira-kira jam 11.03 pagi terapung di sungai berkenaan oleh penduduk kampung.
