Seorang peguam kanan persekutuan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah bernilai 100 ribu ringgit bagi mempengaruhi pendakwaan seorang ahli perniagaan pada Mei lalu.<br />Tertuduh, Lim Cheah Yit, 42, yang bertugas di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
