Bulan Julai ini, usia Rukun Negara memasuki separuh abad sejak ia dilancarkan selepas negara mengalami detik pahit pada 13 Mei 1969.<br />Namun, ia kini ditafsirkan dalam konteks yang berbeza, terutamanya dalam kalangan anak muda.<br />Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir, penting buat anak muda untuk diberi ruang agar mereka dapat menghayati prinsip Rukun Negara dalam cara mereka tersendiri mengikut konteks moden.
