Meskipun diadakan dalam konteks pandemik global, namun Pilihan Raya Umum Singapura dijangka tidak akan menghasilkan keputusan yang terlalu berbeza berbanding PRU sebelum ini.<br />Menurut Profesor Madya Dr Abdillah Noh, Pensyarah Jabatan Sains Politik UIA, apa yang diutamakan oleh pihak pembangkang adalah mewujudkan semak dan imbang serta kepelbagaian idea di Parlimen.
