Pusat hiburan keluarga di negara ini dibenarkan beroperasi semula selepas kerajaan meneliti pembentangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.<br />Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keluhan orang ramai, selain lebih tiga ribu tenaga kerja terlibat.<br />Sektor tersebut, katanya, telah memberi sumbangan lima ratus juta ringgit kepada pendapatan negara.<br />Bagaimanapun, operasi pub dan disko masih belum dibenarkan setakat ini.