Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Jumaat menetapkan sebanyak RM2,208 bagi tahun 2019 berbanding RM980 sebulan pada 2016.<br />Angka PGK baharu itu diperolehi setelah kerajaan mengkaji semula metodologi pengiraan yang diguna pakai sejak 2005.<br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, memberitahu, usaha penambahbaikan kaedah pengukuran kemiskinan bermula daripada pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia kesebelas pada 18 Oktober 2018.