Dalam perkembangan sama, kadar kemiskinan negara menurun sebanyak dua mata peratus daripada 7.6 peratus pada tahun 2016 kepada 5.6 peratus pada tahun 2019.<br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkembangan positif itu menunjukkan program dan inisiatif pembasmian kemiskinan dilaksana kerajaan dengan sokongan pelbagai pihak telah membuahkan hasil.
