Dua individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi alkohol dan pencegahan jenayah yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya, pada Jumaat.<br />Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 16 saman di atas pelbagai kesalahan trafik.
