Hukuman penjara terhadap bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye dikurangkan kepada 20 tahun pada Jumaat dalam perbicaraan semula atas pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.<br />Mahkamah tinggi Seoul menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun atas pertuduhan rasuah dan tambahan lima tahun atas kesalahan lain termasuk denda bernilai 18 bilion Won (RM65.56 juta).
