Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.<br /><br />Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan memaklumkan tiada fakta yang terpesong, tidak benar dan menyimpang pada sidang media dibuatnya pada Jumaat lepas.
