Sepanjang tempoh PKP dan PKPP di mana perniagaan di malaysia terkesan akibat COVID-19, kami di Astro AWANI berusaha mendapatkan pelbagai input daripada usahawan termasuk usahawan F and B.

Kami ingin tahu, bagaimanakah mereka harungi tempoh sukar ini dan apakah yang dilakukan untuk kembali beopersi dan kekalkan jenama.

Dan hari ini, kami ingin melihat bagaimana restoran makanan Vietnam halal di Cyberjaya, Vietdekat, memulihkan operasi mereka di tempoh PKPP.

Bagaimana restoran harungi tempoh pemulihan? Bersama Wilson Yeoh Pengurus Hal Ehwal Korporat Vietdekat.