Lapan motosikal musnah terbakar, manakala dua rosak selepas sebuah bengkel motosikal di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah, tengah malam tadi.<br /><br />Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah malam.
