Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto sedang mempertimbangkan untuk merujuk Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataan 'gelap' dan 'bedak' yang disifatkannnya sebagai rasis.<br /><br />Kata Kasthuriraani, tindakan 'mengheret' Abdul Azeez ke jawatankuasa itu dipercayai yang terbaik buat masa ini.<br /><br />Tegasnya meskipun Dewan Rakyat memberi kebebasan kepada ahli dewan, namun kebebasan itu tidak seharusnya disalahgunakan.