Seorang individu yang dirakam memasukkan tiga ekor kucing ke dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi di Kepong pada 12 Julai lepas, telah ditahan pada hari yang sama.<br />Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki itu telah ditahan pada jam 12.15 malam, dan perintah reman keatasnya diperolehi dari Mahkamah Selayang, Selangor selama 4 hari, mulai 13 Julai hingga 16 Julai 2020.