Sementara itu, masjid dan surau dibenarkan untuk memperluaskan kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah mengikut saiz dan ruang solat serta tidak terhad kepada hanya satu pertiga daripada keluasan rumah ibadat. <br />Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran turut diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam lain di Wilayah Persekutuan.
