Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas pelbagai barangan tiruan berjenama bernilai hampir RM100,000.<br /><br />Pengarah KPDNHEP Negeri Saharuddin Mohd Kia, berkata ia adalah rampasan terbesar tahun ini hasil serbuan serentak di tiga premis di Kuala Terengganu dan Marang selepas risikan selama sebulan.