Jika sebelum ini pembukaan semula sekolah bagi pelajar tingkatan lima dan enam berjalan lancar.<br />Begitu juga keadaannya bagi pelajar sekolah rendah iaitu tahun lima dan enam yang memulakan sesi persekolahan hari ini.<br />Mungkin ada segelintir pihak bimbang dari segi Prosedur Operasi Standard (sop) bagi pelajar sekolah rendah.<br />Kebimbangan merangkumi adakah mereka memahami situasi dan cara untuk mengurangkan risiko wabak COVID-19 di sekolah.