Niat menggantikan rakan yang bercuti bertukar tragedi apabila seorang nelayan dilaporkan hilang selepas dipercayai jatuh ketika menangkap ikan kira-kira 4.1 batu nautika dari utara Pulau Payar, awal pagi Rabu.<br />Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat pada jam 9.30 pagi.
