Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan perkahwinan pada awal bulan depan antara yang ditahan kerana berkhalwat di sebuah motel di Bedong Kedah.<br />Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 29 tahun itu mengaku hadir ke Pejabat Agama Daerah Sik pagi semalam bagi menghantar borang nikah sebelum mendaftar masuk ke motel itu.